Tirai Dosa Kelmarin

Tirai Dosa Kelmarin Nur Imanina Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil penuh dengan rasa dendam dan benci Kehancuran hidup gara gara perbuatan lelaki

  • Title: Tirai Dosa Kelmarin
  • Author: Arsha Wee
  • ISBN: 9789670657035
  • Page: 169
  • Format: Paperback
  • Nur Imanina Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci Kehancuran hidup gara gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya Terbit rasa kasih, terbinaNur Imanina Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci Kehancuran hidup gara gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam.Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna.Iman Faliq Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya.Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki.

    • Tirai Dosa Kelmarin By Arsha Wee
      169 Arsha Wee
    • thumbnail Title: Tirai Dosa Kelmarin By Arsha Wee
      Posted by:Arsha Wee
      Published :2019-09-22T08:22:34+00:00

    About "Arsha Wee"

    1. Arsha Wee

      Arsha Wee Is a well-known author, some of his books are a fascination for readers like in the Tirai Dosa Kelmarin book, this is one of the most wanted Arsha Wee author readers around the world.

    776 thoughts on “Tirai Dosa Kelmarin”

    1. Kata penulis:"Maaf. Rasanya macam tak ada apa nak diceritakan. Sebab saya menulis pada mulanya suka-suka saja. Dan tak sangka ada yang suka. Tu aje. Then, saya teruskan sampai ke hari ini :)"Kata pembaca (yg kerek) seperti aku:Sewaktu menjamah naskah ini, aku faham siapa khalayak yg dimaksudkan oleh penulis. Memandangkan TIRAI DOSA KELMARIN dimulakan dalam versi blog, so ke-meleret-an naskah ini amat mendera. Seperti 'menonton' drama bersiri yg penuh dengan adegan-tarik-tali dan dialog-sama-diul [...]


    2. Bayangkan***Seorang pekerja bank (tukang lepa, penolong pengurus atau apa saja, penggangur pun boleh) namakan LELAKI A, ketagih jackpot sejak sekian lama sehingga satu ketika dia tidak mampu membayar hutang kepada kepala geng bertali leher, namakan LELAKI B, yang nampak suci di pandangan masyarakat dengan perniagaan telefon bimbit (kopi paket, jam dinding, pembekal bumbung UPVC poly atau apalah, ikut suka). Demi melangsaikan hutang atau badannya akan dikerat lapan, LELAKI A menjanjikan seorang p [...]


    3. tak tahu nak kate best ke taktime bace novel ni, ape yg Nur Imanina rase, sy dapat rase memang sedih lebih suke kalau novel ni dinipiskan lagi dan lebih fokus pada 2 watak utama watak Zarif Aimin, anak saudara iman faliq tak perlu la terlampau byk patut fokus pd 2 watak sahaja Nur Imanina dan Iman Faliq sy baca part yg melibatkan 2 watak utaman ni sahaja kalau watak zarif aimin tu anak nur Imanina dengan Iman Faliq, takpe jugak jadi fokus pd cerita, ini tak anak sedara jelain daripada tu novel n [...]


    4. Tirai Dosa Kelmarin - TDK merupakan sebuah kisah percintaan yang penuh dengan air mata. Satu kisah cinta yang mencengkam hati dan perasaan pembaca. Satu kisah cinta yang penuh tanggungjawab. Satu kisah cinta yang perlukan ketabahan dan kesabaran. Satu kisah cinta yang membuatkan pembaca akan menghabiskan novel ini tanpa dapat menghentikan pembacaannya. TDK dimulakan dengan kisah Nur Imanina menjadi seorang guru di tadika milik Datin Farah. Iman Faliq yang merupakan anak bujang Datin Farah mula m [...]


    5. Nama Zarif Aimin tu cam best je hoho. Full review: 26/06/2014Reda, pasrah & memaafkan agaknya yang mana lebih sukar untuk dibuat? Senyum. Tanya hati anda!Ok, bagaimana ya nak mula? Rebah-bangun-tidur-tergolek semua ada dalam misi nak tamatkan perjuangan hahaha. Ya, ketebalan memainkan peranan yang penting sebab aku ada masalah dalam nak memegang buku. Maklumlah, aku ni membaca ala-ala Cleopatra gitu *wink*Nur Imanina [Iman]. Iman Faliq [Faliq].Zarif Aimin [Zarif].Ada cerita yang berkait anta [...]


    6. aku selalunya tidak mengambil masa yang lama untuk habiskan satu novel walaupun setebal seribu m/s. satu hari atau maksimanya dua hari. tapi kali ni, ya ampun, payahnya untuk menyudahkan kerja satu ni. tajuk dah menarik. cover pun sejuk je tengok. sinopsis belakang pun dan cantik. tapi sayang seribu kali sayang. Don't judge book by its cover yek. itu nasihat untuk diri dan yang lain.1. bosan dengan zarif. bukan tak suka tapi macam penulis terlalu banyak masukkan dia dalam cerita sampaikan aku co [...]


    7. Announcement before review: N nak jual buku ni for RM17. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :) I would've like it better had the novel been thinner. N takda masalah dengan novel2 tebal, in fact N suka dengan novel tebal sebab barulah rasa tercabar sikit nak bacaBut in this case, novel ni tebal sebab ceritanya agak slow in the middle. And terlalu banyak sangat part dengan Zarif Aiman. Yes, he's cute and entertaining tapi bila asyik banyak sangat watak dia 'mencelah', ia dah jadi basi. N suk [...]


    8. 1. Anak-anak saya panggil mertua saya mak dan abah. Tapi mertua saya tak pernah bahasakan diri mereka mak dan abah pada cucu-cucu mereka, tetap tok dan tokwan. Kata mereka, jangan diajar, takut melarat. Jadi makin besar, anak-anak saya pun makin berubah. Sekarang jadi mak tok dan tok abah. Jadi, Mama Iman untuk seorang pengasuh di taska, perlu ke? Bukan budak tu anak yatim piatu pun. Keliru sungguh. Bayangkan kalau ibu bapa lain terdengar, tak ke nanti katanya pilih kasih.2. Ada persamaan dengan [...]


    9. Sedutan ayat yg menyentuh perasaan:Oman Iqbal: "Kenapa gambar Zarif tak ada dalam ni?"Zarif Aimin: "Tak muat. Paper tu small"Suka watak Zarif Aimin sepanjang pembacaan setiap kali membaca seolah terbanyang Zarif ada d depan mata. Menarik boleh di hadam walaupun karya pertama dari penulis, tetapi bukanlah omong2 kosong malah ada juga info2 yg berguna d selitkan sepanjang pembacaan.Cuma saya tertanya2 apakah yg terjadi pada Fahmi & Zetty Hirlana??? apakah akan ada jalan cerita utk mereka pulak [...]


    10. cerita ni besh saya suka sangat dengan watak iman kuasa dua dan zariftapi saya tak suka bila cik penulis matikan watak si kecil yang cerdik tu.b sob sob


    11. #26-20173.5 starKisah ini diikuti sejak dari blog penulis lagi. Dan baru kali ini berpeluang nak membaca keseluruhan naskah ini. Jujur, oleh kerana watak Zarif Aimin terlalu mendominasi jalan cerita buku ini, maka aku sangat tak boleh nak terima kenyataan bilamana wataknya diakhirkan begitu saja. Kisah ini kisah biasa. Tapi pada hemat aku Zarif Aimin membuatkan kisah ini menjadi istimewa.


    12. lelah nk habiskan TDK! yes! exactly!4* sbb suka dgn watak Iman Faliq n bab Zarif died tu rase agak sebakmua manusia boleh berubahtara nak dan tak nak jerik hr ni x semestinya esk tetap baikjht hr ni x semestinya esk tetap jhatta suka melihat dosa silam org lainmun kita tidak melihat dosa yg kita lakukan hr nita suka menyalahkan org lain krn khilafnya semalammun kita tidak melihat khilaf kita hr ni krn menganggap diri kita spt nabi yg tiada dosahakikatnyata tidak melihat khilaf kita hr ni krn tid [...]



    13. Apakah kita akan terus hidup dengan dihantui dosa silam atau adakah dosa silam itu menjadi titik tolak kepada takdir yang telah disuratkan untuk kita ?Nur Imanina kehilangan segala-galanya hanya kerana satu sejarah silam dan sejarah silam itu membuat dirinya begitu berwaspada terhadap mereka yang bergelar lelaki. Padanya, dia hanya seorang wanita yang tidak layak untuk sesiapa. Dia hanya mahu melupakan dan lari dari segala kenangan yang memedihkanIman Faliq pula dihantui sekeping wajah dari masa [...]


    14. Novel ni mmg membuat sy tersentuh dan menangis. Setiap wanita mst ingin menjaga kehormatan shingga tiba hari perkahwinan. Tapi seorang insan spt Nur Imanina di uji begitu hebat di saat dia kehilangan org yg tsyg sekaligus kesuciannya. Sy kagum dgn ketabahan Iman. Sanggup memaafkan lelaki yg telah merosakan masa depannya dan membuatkan dirinya dihina, dikeji dan dipinggir oleh masyarakat, sahabat dan saudara mara. Bukan mudah utk kita memaafkan org yg telah meninggalkan titik hitam di kehidupan k [...]


    15. Tirai Dosa Kelmarin punya kekuatan pd setiap watak, terutama Zarif Aimin yang byk menghidupkan jalan cerita berselang dgn kisah papa dan mama Iman. Saling brbalas pantun 2 kerat, satu yg agak 'manis; dlm TDK niyg pasti membacanya dia terbawa ke dalm sebuah realiti kehidupan yang sebenar!Nur Imanina, menutup pintu hatinya kpd lelaki krn kisah hitam yg meregut bahagia diri dan jiwanya Tiada istilah percaya apatah meletak harapan kpd lelaki, bgnya segalanya ternoktah lewat kisah gelapnya. kehilanga [...]


    16. TIRAI DOSA KELMARIN - Dosa yg satu itu menghasilkan satu naskah yang setebal 874 mukasurat.Setelah menyelesaikan buku ni, pada saya penariknya adalah watak Zarif Aimin. Dia lah pada saya watak utama. Penyeri cerita. Sehingga saya terfikir, mesti ada watak seumpama Zarif Aimin di alam nyata penulis. Watak Zarif Aimin begitu detail hingga berjaya mengalih perhatian kita dari watak utama.Bermula dari awal pembacaan sehingga ke tengah pembacaan saya tercari-cari apa sebenarnya yang hendak diceritaka [...]




    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *